AHLAN WASAHLAN

Monday, January 30, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW Untuk Renungan






Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isra'kan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.



6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.



9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, ”SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Sunday, January 29, 2012

Sepotong Kepala Ayam untuk Ayah...


.
Ketika petang sepulang kerja seorang suami melihat isteri yang tertidur nyenyak kerana keletihan bekerja seharian di rumah. 
Sang suami mencium kening isterinya dan bertanya, ‘Mah, sudah sholat Asar ke belum?’ Isterinya terbangun dengan hati berbunga-bunga menjawab pertanyaan suami, ‘sudah Bah..’ Isterinya beranjak dari tempat tidur mengambil piring yang tertutup, petang itu isterinya memasak kesukaan sang suami. ‘Lihat nih, saya memasak khusus kesukaan ayah.’ Piring itu dibukanya, ada sepotong kepala ayam yang terhidang untuk dirinya.
Sang suami memakannya dengan lahap dan menghabiskan. Isterinya bertanya, ‘Ayah, kenapa suka makan kepala ayam padahal saya dan anak2 paling tidak suka makan kepala ayam. 

'Suaminya menjawab,' Itulah sebabnya kerana kalian tidak suka maka ayah suka makan kelapa ayam supaya awak dan anak-anak mendapatkan bahagian yang terenak. 

’Mendengar jawapan sang suami, Terlihat butir-butir mutiara mulai menuruni pipinya. Jawapan itu menyentak kesadarannya yang paling dalam. Tidak pernah difikirkan olehnya ternyata sepotong kepala ayam begitu indahnya sebagai wujud kasih sayang yang tulus kecintaan suami terhadap dirinya dan anak-anak. 

‘Mekasih ya ayah atas cinta dan kasih sayangnya.’ ucap sang isteri. Suaminya menjawab dengan senyuman, pertanda kebahagiaan hadir di dalam dirinya.

Subhanallah....Kita seringkali mengabaikan sesuatu yang kecil namun memiliki makna yang begitu besar, di dalamnya terdapat kasih sayang, cinta, pengorbanan dan tanggungjawab sekalipun sesuatu yang kecil itu adalah sepotong kepala ayam.

Semoga dari cerita ini kita boleh mengambil hikmah dengan mencintai setulus hati keluarga kita. Insyallah.

Kisah Perjuangan Imam Ahmad bin Hanbal...


kisah kehidupan al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Marwazi al-Baghdadi (al-Imam Hanbali), seorang ulama' salaf yang mana di kagumi ilmunya dan amal ibadahnya oleh para Imam yang lain, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

al-Imam Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Usman bin Syafie (al-Imam Syafie) ada berkata (yang bermaksud) : " Ahmad bin Hanbali, imam dalam delapan hal, Imam dalam hadits, Imam dalam Fiqh, Imam dalam bahasa, Imam dalam Al-Qur'an, Imam dalam kefaqiran, Imam dalam kezuhudan, Imam dalam wara' dan Imam dalam Sunnah"

wallahua'lam..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

namun, al-Imam Hanbali ini telah diuji oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan suatu ujian yang berat, andai ia menimpa aku, aku berasa tidak mampu untuk menanggungnya dan melaluinya, astaghfirullah, mulianya Imam ini..

beliau telah diminta oleh pemerintah ketika itu yang mana telah di hasut oleh seorang ahli muktazilah untuk mengakui bahawa "Al-Quran adalah makhluk"..

namun, beliau tetap tegas menyatakan, "bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah kalamullah."

Imam Hanbali adalah satu-satunya ulama' di ketika itu yang berani membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa.. Kemudian beliau ditangkap dan dihadapkan ke hadapan pemerintah di ketika itu..

Keadaan ketika itu amat menguji ketabahan dan kesabaran para Imam terutamanya, kerana beratnya siksaan dan parahnya penderitaan, banyak ulama' yang tidak kuat menahannya dan akhirnya mengucapkan apa yang dituntut oleh pemerintah meskipun dengan lisan sahaja..

Banyak ulama' yang membisikkan kepada al-Imam Ahmad bin Hanbal untuk menyembunyikan keyakinannya agar selamat dari segala siksaan dan penderitaan, namun beliau menjawab (yang bermaksud) :

"Bagaimana kalian menyikapi hadits, "Sesungguhnya orang-orang sebelum Khabab, iaitu sabda nabi Muhammad ada yang digergaji kepalanya sekalian namun tidak membuatnya berpaling dari agamanya" (Hadits riwayat Bukari).

lalu beliau menegaskan, "Saya tidak peduli dengan kurungan penjara, penjara dan rumahku sama saja"

wallahua'lam..

lalu, al-Imam Ahmad bin Hanbal di ikat tangannya dan dipenjara..(T__T)

Ketegasan dan ketabahan beliau dalam menghadapi cabaran, ujian yang menderanya telah digambarkan oleh Ishaq bin Ibrahim (yang bermaksud), " Saya belum pernah melihat seorang yang masuk ke penguasa lebih tegar dari Imam Ahmad bin Hanbal, kami saat itu di mata penguasa hanya seperti lalat."

Di saat menghadapi tentangan pemerintah dan terpaan fitnah yang sangat dahsyat dan deraan siksaan yang luar biasa, beliau masih tabah dan sabar dalam keadaan tenang..astaghfirullah..(T__T)

al-Imam Ahmad bin Hanbal ini juga kemudiannya telah dihukum cambuk..astaghfirullah..(T__T)

Ketika cambuk yang pertama singgah di punggungnya, beliau mengucapkan, "bismillah".

Ketika cambuk yang kedua pula, beliau mengucapkan, "La haula walaa quwwata illaa billah" (Tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah).

ketika cambuk yang ketiga pula, beliau mengucapkan, "Al-Qur'an kalaamullahi ghairu makhluk" (Al-Qur'an adalah kalam Allah, bukan makhluk)

Ketika cambuk yang keempat pula, beliau membaca surah at-Taubah, ayat ke 51, yang bermaksud : "katakanlah : Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami," 

sehingga seluruh badan beliau mengalirkan darah..astaghfirullah..(T__T) astaghfirullah..(T__T) astaghfirullah..(T__T)

Kemudiannya, beliau dipenjara kembali..(T__T)

Pada suatu ketika al-Imam Ahmad bin Hanbal dibawa ke sebuah kota dengan tangan yang diikat, seorang yang alim menghampirinya iaitu Abu Ja'far al-Anbari..lalu al-Imam Ahmad bin Hanbal bertanya (yang bermaksud) : " hai Abu Ja'far, apakah engkau susah melihat keadaanku?"

jawabnya (yang bermaksud) : "Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana umat Manusia ada dibelakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu menjawab bahawa Al-Qur'an itu makhluk, pastilah engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka"

al-Imam Ahmad bin Hanbal apabila mendengar kata-kata Ja'far itu, beliau bercucuran air mata dan berkata (yang bermaksud) : "Masya Allah! Masya Allah! Masya Allah!"

astaghfirullah..(T__T)

Kemudian, beliau dikunjungi juga oleh seorang bekas penjahat yang bernaman Abdul Haitsam al-Ayyar dan berkata kepada beliau (yang bermaksud) : "Wahai Imam, saya ini seorang pencuri yang didera dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya, pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam gelisah dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran"

astaghfirullah..(T__T)

Dan al-Imam Ahmad bin Hanbal ada juga berkata (yang bermaksud) : "semenjak terjadinya fitnah, saya belum pernah mendengar suatu kalimat yang lebih mengesankan dari kalimat yang diucapkan oleh seorang Arab Badwi kepadaku, "wahai Ahmad, jika anda terbunuh kerana kebenaran maka anda mati syahid, dan jika anda selamat, maka anda hidup mulia". maka hatiku bertambah kuat."

astaghfirullah..(T__T)

Friday, January 27, 2012

3 Tetamu yg Penuh dgn Tanda Tanya...???



Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan.

Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.

Setelah menjawab salam, dia berkata, "Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?"
Salah seorang dari mereka berkata, "Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar."

Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.
          " Saya kekayaan," kata lelaki pertama.
 
        
  
" Saya kejayaan," kata lelaki yang kedua.
 
       
   


" Dan saya kasih sayang," ujar lelaki tua yang akhir. 



Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua antara mereka berkata, 
" Hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk."
"Jadi kami terpaksa memlilih antara kamu bertiga?"
"Ya," jawab mereka.
"Tunggu kami berunding dahulu," pinta tuan rumah.

"Kita pilih kekayaan," cadang si isteri. "Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan. Dengan kekayaan boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini."

"Tidak," kata si ayah. "Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi."


"Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang," kata si anak. "Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya..."

Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.
"Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita," kata si ayah.

"Tuan-tuan yang dihormati, kami membuat keputusan untuk menjemput pakcik kasih sayang sebagai tetamu. Kami memohon maaf kerana menolak tuan kejayaan dan kekayaan, kerana itu jua yang tuan-tuan minta."

Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke rumah.

"Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?"

"Anakku, jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya."

Mendengar yang demikian, lelaki, isteri, dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!

PENGAJARAN :
Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali - kaya harta, kaya jiwa!
Karya ini di petik daripada blog http://islamic-enlighten.blogspot.com/2010/11/tiga-tetamu-misteri.html

Doa-doa yang sunat dibaca ketika berwudhuk...


1. Membasuh dua telapak tangan.


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِي جَعَلَ اْلمَاءَ طَهُوْرًا


Segala puji bagi Allah Yang Menjadikan air ini bersih/suci.



2. Berkumur.


اَللَّهُمَّ اَسْـقِـنِى مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأْسًا لاَ أَظْمَأُ بَعْدَهاَ أَبَدًا


Ya Allah, curahkan segelas air dari telaga Nabimu Muhammad SAW yang tidak akan kehausan setelah itu selama-lamanya.



3. Membasuh hidung.


اَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنِى رَائِحَةَ جَـنَّتِكَ


Ya Allah, janganlah Engkau haramkan aku mencium harumnya surgaMu.



4. Membasuh muka.


اَللَّهُمَّ بَيِّضْ وَجْهِى يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوْهٌ


Ya Allah, putihkan wajahku pada hari terdapat beberapa wajah menjadi putih dan hitam.



5. Membasuh tangan kanan.


اَللَّهُمَّ اَعْطِنِى كِتاَبِى بِيَمِيْنِى وَحَاسِبْنِى حِسَاباً يَسِيْرًا


Ya Allah, berikanlah kitabku dengan tangan kananku dan hitunglah amalku dengan perhitungan yang mudah.



6. Membasuh tangan kiri.


اَللَّهُمَّ لاَ تُعْطِنِى كِتاَبِى مِنْ يَساَرِىْ وَ لاَ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِىْ


Ya Allah, janganlah Engkau berikan kitabku dengan tangan kiriku dan jangan dari belakang punggungku.



7. Menyapu rambut kepala.


اَللَّهُمَّ حَرِّمْ شَعْرِيْ وَبَشَرِيْ مِنَ النَّارِ وَاَظِلَّنِي تَحْتَ عَرْشِكَ يَوْمَ لاَ ظِلَّ اِلاَّ ظِلُّكَ


Ya Allah, haramkan rambutku dan kulitku dari neraka dan lindungilah aku di bawah ArsyMu pada hari tidak ada perlindungan kecuali perlindunganMu.



8. Membasuh dua telinga.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ الَّذِيْنَ يَسْتَمِعُوْنَ اْلقَوْلَ فَيَتَّبِعُوْنَ أَحْسَنَهُ


Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mendengarkan kata dan mengikuti sesuatu yang terbaik.



9. Membasuh dua telapak kaki.


اَللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَدَمَّي عَلَى الصِّرَاطِ يَوْمَ تَزِلُّ فِيْهِ اْلاَقْدَامُ


Ya Allah, mantapkan kedua kakiku di atas titian (shirothol mustaqim) pada hari dimana banyak kaki-kaki yang tergelincir.



DOA SESUDAH WUDHU


أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ اْلمُتَطَهِّرِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ.


Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah yang tidak sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mensucikan diri dan jadikanlah aku termasuk hamba-hambaMu yang soleh.



Copied from:
Zulhazmi Senpai 

 

Saturday, January 14, 2012

Masam-Masam Manis Bersahabat..!!!

Assalamualaikum....
alhamdulillah...sedar xsedar...sudah pn berada di tahun yang ke2 sebagai seorang pelajar Jabatan dakwah di kolej islam pahang nie...selama 2 taun nie.....bersyukur dapat berkenalan dengan kwan2 yg hebat dan gila... :) jom kenali sorang demi sorang......


1.DASUKI BIN AHMAD : 
-Seorang yg berperwatakan seperti Ahli politik
-mempunyai idea dan perancangan yg baik dan teratur
-tetapi otaknya kadang kala tersumbat sehingga beliau dilantik
sebagai presiden (GOB).                                                                              
                                    

2. MUHSIN BIN ALIAS
-Seorang yang radikal dengan pendapatnya
-seringkali tampil dengan hujah yg kuat
-kelebihannya akan melemahkan musuh dgn kata berbisanya.
-tamparannya akan membuatkn kita mengingatinya sehingga mati.








3. AZWAN BIN ABDULLAH :
-seorang yang hebat dalam bidang perhiasan dan rekaan
-bila otaknya tersumbat..beliau akan terus menerus mengutuk tnpa henti
-sedang berlatih utk fasih berbahasa kedah... :) senang nak cakap ngn pak mertua nnti....(beliau orang sabah..cam ane la bunyi org sabah ckp kedah)                         
                                                       



4.HARITH BIN SAAT :

-Seorang pengamal ilmu hitam
-hebat dalam bidang ayat mengayat..ramai wanita yang sudah tertawan
-beliau mempunyai sakit sawan...akan berjoget dengan memakai jubah bila mendengar music techno 




 5.HIZAMI BIN MASRAN :
-Seorang yg hebat dalam bidang media dan teknologi.
-beliau amat suke berfalsampah..
-setiap kali bulan mengambang..otak beliau akan tersumbat dan harith akan menjadi mangsa pemuas kehendak pelik beliau.             

 
6. MOHAMAD FARID BIN MOHD NOOR : 
-Seorang yang gemar berdebat(sehinggakan pasal naruto pn die nak berdebat.)
-utk mengenali beliau amat mudah..suaranya adalah yg terpaling kuat di kolej.
-ketinggiannya x dapat di ukur dgn pembaris.
-otaknya akan tersumbat bila main counter strike.





7. ARIFF BIN ABDUL RAHMAN:

-Seorang yang tahan kutuk.
   -kalis dari sebarang serangan psikologi
   -hebat dalam bidang lakonan dan penipuan
   -pernah memenangi anugerah pelakon terbaik Blok f
                                           



8.WAN AMIRUL SYAFIQ :

-pepatah yg paling tepat utk beliau (berdiri sama tinggi duduk sama rendah).

-seorang yang kadang2 serius kadang2 basah

-dilntik sbgai presiden GBSM di sebabkan kegilaan otak beliau




 9.AKMALUL AFIF BIN ABD KADIR
-suara beliau menawan hati ribuan wanita.

-gelaknya membuatkn ramai yg gila.

-(sebutan 'a)adalah slogan beliau....


10. WAN MOHD ZAMIR:

-Kaum kerabat kepada wan amirul syafiq.

-kata2 beliau kini menjadi ungkapan seluruh dunia iaitu (tahniah la, ak memang dilahrikan untuk......., ok fine,)

-beliau sentiasa bersama keropok JIGS & 100PLUS sbagai sntapan.



 
 11.KHAIRUL AMIRUL BIN SHAFIEE :
-ini ialah bob...
-digelarnya bob itu adalah disebabkan oleh ketinggian perutnya..(apabila diukur dari tepi)
-senantiasa mempunyai perkembangan khusus...
-antara top 5 mereka yg tergemok di KIPSAS..
-cita-cita beliau ialah (untuk menguruskan badan) konsultan dan beliau sebagai Bigbossbob nya...


 Walaupun ade kelebihan masing2..namun tujuan dan matlamat mereka masih 1...iaitu menjadi DA'IE..........



 

Tuesday, January 10, 2012

Cer Banding Iman buDak nie dgn Kita...!!!

ALEXANDER PERTZ dilahirkan dari kedua orang tua Kristian pada tahun 1990. Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.




Apabila dia boleh membaca dan menulis, maka ibunya memberi untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.Setelah membaca buku-buku secara mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun.Dia sangat cinta dengan agama ini sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar’i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal sebahagian surah dan belajar azan.Semua itu tanpa bertemu dengan seorang muslim pun. 




Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya menjadi Muhammad Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah SAW yang dia cintai sejak masih kecil.

Salah seorang wartawan muslim menemuinya dan bertanya pada anak tersebut. Namun, sebelum wartawan tersebut bertanya kepadanya, anak tersebut balik bertanya kepada wartawan itu, ”Apakah engkau seorang yang hafal Al Quran?”


Wartawan itu berkata: ”Tidak.” Namun wartawan tersebut dapat merasakan kekecewaan anak itu atas jawapannya....Setelah membaca buku-buku secara mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun....Anak itu kembali berkata, ”Akan tetapi engkau adalah seorang muslim, dan mengerti bahasa Arab, bukankah demikian?” dia menghujani wartawan itu dengan banyak pertanyaan.”Apakah engkau telah menunaikan ibadah haji? 






Apakah engkau telah menunaikan ’umrah? Bagaimana engkau boleh mendapatkan pakaian ihram? Apakah pakaian ihram tersebut mahal? Apakah mungkin aku membelinya di sini, ataukah mereka hanya menjualnya di Arab Saudi saja? Kesulitan apa yang engkau alami tinggal sebagai seorang muslim di komuniti yang bukan Islami?”Setelah wartawan itu menjawab berdasarkan pengetahuannya, anak itu kembali berbicara dan menceritakan tentang beberapa hal berkenaan dengan kawan-kawannya, atau gurunya, sesuatu yang berkenaan dengan makan atau minumnya, peci putih yang dikenakannya, ghutrah (serban) yang dia lingkarkan di kepalanya dengan model Yaman, atau berdirinya di taman umum untuk mengumandangkan azan sebelum dia shalat.


Kemudian ia berkata dengan penuh penyesalan, ”Terkadang aku kehilangan sebahagian solat kerana tidak tahu tentang waktu-waktu solat.”Kemudian wartawan itu bertanya pada beliau ”Apa yang membuatmu tertarik pada Islam? Mengapa engkau memilih Islam, tidak yang lain sahaja?” dia diam sesaat kemudian menjawab.”Aku tidak tahu, segala yang aku ketahui adalah dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin banyak kecintaanku pada Islam.” 


....Segala yang aku ketahui adalah dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin banyak kecintaanku pada Islam....Wartawan bertanya kembali, ”Apakah engkau telah puasa Ramadhan?”Muhammad tersenyum sambil menjawab, ”Ya, aku telah puasa Ramadhan yang lalu secara sempurna.


Alhamdulillah, dan itu adalah pertama kalinya aku berpuasa di dalamnya. Dulunya sukar, terutama pada hari-hari pertama”.Kemudian dia meneruskan : ”Ayahku telah menakutkan aku bahawa aku tidak akan mampu berpuasa, akan tetapi aku berpuasa dan tidak mempercayai hal tersebut”.”Apa cita-citamu?” tanya wartawanDengan cepat Muhammad menjawab, ”Aku memiliki banyak cita-cita. Aku ingin menunaikan haji ke Mekah dan mencium Hajar Aswad”.”Sungguh aku perhatikan bahawa keinginanmu untuk menunaikan ibadah haji adalah sangat besar. Adakah penyebab hal tersebut?” tanya wartawan lagi.Ibu Muhammad untuk pertama kalinya turut menyampuk dia berkata: ”Sesungguhnya gambar Ka’bah telah memenuhi biliknya, sebahagian manusia menyangka bahawa apa yang dia lewati pada masa sekarang hanyalah semacam khayalan, semacam angan-angan yang akan berhenti pada suatu hari. Akan tetapi mereka tidak mengetahui bahwa dia tidak hanya sekadar serius, melainkan mengimaninya dengan sangat dalam sampai pada tahap yang tidak boleh dirasakan oleh orang lain”.Kelihatan senyuman di wajah Muhammad ’Abdullah, dia melihat ibunya yang membelanya. Kemudian dia memberikan keterangan kepada ibunya tentang tawaf di sekitar Ka’bah, dan bagaimanakah haji sebagai sebuah lambang persamaan antara sesama manusia sebagaimana Tuhan telah menciptakan mereka tanpa memandang perbezaan warna kulit, bangsa, kaya, atau miskin.Kemudian Muhammad meneruskan, ”Aku sudah menabung dengan mengumpulkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah Al-Mukarramah. Aku mendengar bahawa perjalanan ke sana memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar.”

 ....Aku sudah menabungkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah Al-Mukarramah. Perjalanan ke sana memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar....


 Ibunya menghampirinya lalu berkata untuk berusaha menghilangkan kesan kebimbangannya, ”Aku sama sekali tidak keberatan dan menghalanginya pergi ke Mekah, akan tetapi kami tidak memiliki cukup wang untuk menghantarnya dalam waktu terdekat ini.””Apakah cita-citamu yang lain?” tanya wartawan kepada anak ini.“Aku bercita-cita agar Palestin kembali ke tangan kaum muslimin. Ini adalah bumi mereka yang dicuri oleh orang-orang Israel (Yahudi) dari mereka,” jawab Muhammad.Ibunya melihat kepadanya dengan penuh kehairanan. Maka dia pun memberikan isyarat bahawa sebelumnya telah terjadi perdebatan antara dia dengan ibunya kerana isu ini.Muhammad berkata, ”Ibu, engkau belum membaca sejarah, bacalah sejarah, sungguh benar-benar telah terjadi perampasan terhadap Palestin......


Cita-citaku adalah aku ingin belajar bahasa Arab, menghafal Al-Quran, dan belajar di negeri Islam.... 


”Apakah engkau mempunyai cita-cita lain?” tanya wartawan lagi.Muhammad menjawab, “Cita-citaku adalah aku ingin belajar bahasa Arab, dan menghafal Al-Quran.”“Apakah engkau berkeinginan belajar di negeri Islam?” tanya wartawan“Tentu!” tegasnya.”Apakah engkau memiliki kesusahan dalam hal makanan? Bagaimana engkau menghindari daging babi?”Muhammad menjawab, 

”Babi adalah haiwan yang sangat kotor dan menjijikkan. Aku sangat hairan bagaimanakah mereka memaKan dagingnya. Keluargaku mengetahui bahwa aku tidak memakan daging babi, oleh kerana itu mereka tidak menghidangkannya untukku. Dan jika kami pergi ke restoran, maka aku beritahu kepada mereka bahawa aku tidak memakan daging babi.”

 ”Apakah engkau solat di sekolah?” 
Ya, aku telah membuat sebuah tempat rahsia di perpustakaan. Aku solat di sana setiap hari,” jawab Muhammad. 

Kemudian datanglah waktu solat maghrib di tengah wawancara. Anak itu langsung berkata kepada wartawan, “Apakah engkau mengizinkanku untuk mengumandangkan azan?”Kemudian dia berdiri dan mengumandangkan azan. Dan tanpa terasa, air mata mengalir di kedua mata wartawan ketika melihat dan mendengarkan anak itu menyuarakan azan. Subhanallah!! 


 # Anak ini sudah berumur 21 tahun pada hari ini. [riafariana/voa-islam.com]