AHLAN WASAHLAN

Saturday, January 1, 2011

Isu 5 : Dakwah Nabi Berdinamik...!!!

5. USLUB DAN GARIS PANDUAN AL-QURAN
Bagi memantapkan lagi uslub dakwah,maka para dai’e semestinya lah menjadikan al-Quran sabagai sumber rujukan yang utama untuk bertindak.Allah SWT telah berfirman,:-
” Serulah kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berbincanglah dengan cara yang paling sesuai”.
Tiga asas uslub dakwah yang disebut dalam hadis tersebu,iaitu :-
5.1 ; Hikmah
5.2 : Nasihat yang baik
5.3 : Dialog dengan cara yang terbaik
5.1.1 : Hikmah
Apabila kita menyebut hikmah dalam dakwah,sudah tentu ianya merujuk kepada pelbagai sudut,antaranya ia adalah berkaitan dengan diri pendakwah itu sendiri,mesej dakwahnya,sasaran dakwahnya dan gaya persembahannya.
Pendakwah yang ideal adalah mereka yang mempunyai sahsiah, personaliti dan penampilan yang menarik,yang dapat diterima dengan mudah oleh khalayak umat.lalu disaluti oleh akhlak yang mulia lagi terpuji.Gaya uslub dakwah yang dibawanya sarat dengan sifat-sifat mahmudah seperti berlaku benar,sabar,kasih sayang,tawadhu’ dan pergaulan yang baik.
Penguasaan ilmu,lebih-lebuh lagi ilmu-ilmu Islam adalah penting kapada seorang dai’e untuk memilikinya.Penguasaan ilmu yang luas,akan memberi kekuatan padanya untuk menyampaikan mesej dakwah.Ilmu yang dimiliki pula hendaklah diamalkan,sepertimana Firman Allah SWT “Wahai orang yang beriman lakukan apa yang dikata,kemurkaan Allah bagi orang yang berkata tapi mereka tidak melakukanya”. Sementara itu,penyampaian ilmunya pula hendaklah diiringi dengan keikhlasan,kerana ikhlas adalah kayu pengukur Allah SWT samada dihisabNYa sebagai pahala atau sebaliknya.
Diri pendakwah yang berhikmah juga berkait rapat dengan teladan atau dalam istilah ilmu dakwahnya bil-hal.Teladan akan memberikan nilai tambah (value added) kepada khalayak untuk menerima dakwah yang dibawa.Lalu ianya juga bersifat praktikal dan berkesan bagi dicontohi dan diikuti oleh khalayak secara istiqamah dan konsisten.
Hikmah dari sudut mesej pula didasari dengan penyampaian mesej yang mudah difahami,sesuai dengan mentaliti dan tahap pemikiran khalayak umat,laras bahasa dan pemilihan kata-kata yang baik sehingga menarik mad’u untuk mendengarnya.Dai’e yang berjaya menyampaikan mesej dakwahnya,berkait rapat dengan hujah yang yakini oleh mad’u.justeru itu,seseorang dai’e perlu menyandarkan dalil naqli dan aqli ketika berhujah menyampaikan mesej dakwah.
Pendakwah juga perlu memfokus kepada sasaran dakwahnya.Kerana sasaran selalunya datang dari pelbagai latar belakang manusia,ada yang cerdik,bodoh,kaya,miskin dan sebagainya.Oleh itu,seseorang dai’e perlu menyesuaikan penyampainnya mengikut kasta sasaran dakwahnya.Sesuatu yang paling ideal untuk tarikan mad’u,adalah gaya penyampaian yang mudah ketika menyampaikan masej dakwah.
5.1.2 : Nasihat yang baik
Pendakwah perlu menyampaikan uslub dakwahnya secara nasihat dan pujukan.Pelbagai cata teknik boleh diparaktikkan bagi tujuan itu,seperti bentuk penceritaan,nasihat melalui perbincangan,nasihat dengan perbandingan,melalui penulisan dan segala macam teknik yang berkaitan.
Sebaik-baiknya seorang pendakwah ketika memberi nasihat hendaklah menjadikan dirinya seperti seorang doktor atau tabib,yang tahu memberi ubat yang sesuai kepada penyakit yang dihidapi oleh pesakitnya.Nasihat yang baik,ialah nasihat yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh khalayak.
5.1.3 : Dialog dengan cara terbaik
Memandangkan manusia mempunyai latar belakang yang berbeza,maka terdapat kadang-kadang khalayak yang membantah,kurang berminat dan sebagainya.Justeru itu pendakwah perlulah menggunakan uslub berdailog,bagi mengatasi segala masalah penerimaan mesej oleh para dai’e.

Sebagai rumusannya,seorang pendakwah semestinyalah mempunyai kreativiti ketika menyampaikan uslub dakwahnya.Lantaran itu seorang dai’e,perlu menghindarkan segala sifat-sifat negatif,yang menyebabkan mad’u akan lari dari menerima mesej dakwah.Antara perkara yang perlu diambil perhatian dan dihindari oleh seseorang dai’e ialah,:-                :   Pendakwah jangan suka menghukum mad’u
Jangan tidak menepati masa
Jangan merendah diri tidak bertempat
Mempunyai sifat mazmumah
Menunjukkan reaksi marah
Cerita atau lawak yang membawa mesej yang lucah
Silap membaca ayat al-Quran dan hadis
Perasaan syok sendiri
Mudahan-mudahan kita dapat menjaga adab-adab dakwah,insya-Allah sekiranya perkara-perkara tersebut diambil kira maka natijahnya akan memberikan in-put yang positif dalam penerimaan khalayak kepada mesej dakwah.


No comments:

Post a Comment