AHLAN WASAHLAN

Friday, August 12, 2011

Aku suka dia....!!!


Salam semua
Ada satu cite nak kongsi dengan kamu semua.
Jom view kat bawah ni
Pengajaran cite ini
Saya pasti anda yang ikuti al-kisah ini pun pernah melalui situasi ini kan? KECEWA, SEDIH berbaur di dalam hati asbabnya adalah melepas
Tapi anda pernah dengar tak jika kita mencintai seseorang dan perasaan cinta itu disorok di dalam hati, andai kita mati maka mati kita itu dikira syahid.
Tak perlulah bersedih dan terlalu kecewa tak dapat meluahkan hati pada seseorang kerana yakinlah satu masa nanti pasti datang jodoh yang anda sendiri tak menjangkakan.
Ingatlah
Tiada cinta sebelum diijab qabulkan. Tiada cinta seindah cinta Ilahi dan tiada cinta seindah bicara ayat-ayat Ilahi. Cinta tidak pernah mengenal usia, itulah lumrah. Cinta kepada Allah adalah hakiki tetapi cinta kepada manusia penuh dengan keperitan. Ketaatan kepada Allah adalah penawar segala kedukaan dalam mencintai makhluknya. 


Tiada gunanya menangisi pemergian cinta yang kecewa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sekalipun kerana ia hanya CINTA MANUSIAWI. Yang kekal dan manis adalah CINTA ILAHI.


Tataplah surat-surat cinta Ilahi tatkala hatimu bersedih. Pasti di dalamnya ada janji-janji manis KEKASIH buatmu yang pasti dapat membuatmu tenang dan tersenyum. 


BERBAHAGIALAH

No comments:

Post a Comment