AHLAN WASAHLAN

Friday, December 31, 2010

maher zain-Never Forget to say La ilaha ilallah

Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)
When you’re walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah
Chorus
No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
He’s the Light of Heavens and Earth
He’s the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah
Chorus
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah
Chorus
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah

Isu 4 : Berzina Halal...!!!

 Assalamualaikum.....di ruangan ini sekali lagi ana tampil dengan membawakan hujah bahawa berzina itu halal. Isu ini sangat hangat melanda golongan muda-mudi abad ke 21 ini. Seperti yang ana katakan tadi bahawa, memang berzina itu dihalalkan malah sumbang mahram juga di halalkan. Kedua-dua perkara tersebut dihalalkan oleh golongan Kristian. Ini boleh dirujuk didalam kitab Bible mereka iaitu ;

 Putra Daud Yang Lain Memperkosa Ibunya (10 kali berurutan). Absalom membentangkan sebuah kemah di atas Sotoh dan membaringkan 10 istri (gundik) ayahnya dan memperkosa mereka semuanya satu per satu,'di depan mata seluruh Bani Israel.'(Injil - 2 Samuel 16: 21-23).

Sebab itu kita melihat dengan mata kepala kita sendiri bahawa majoriti penganut agama kristian dengan bebas melakukan perzinaan secara terang-terangan malahan juga di tempat-tempat terbuka. Begitu mudahnya hidup mereka. Nampak macam bahagiakan kan kan.

Namun apa yang Islam ajarkan kepada kita lebih hebat serta dahsyat kebahagiaannya daripada ajaran kristian yang hanya memikirkan tentang seks semata-mata, Islam adalah suatu cara hidup. Islam mengambil kira daripada hal yang sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besar perkara. Semuanya berkaitan dengan islam baik daripada segi ekonomi,politik mahupun sosial. Berbalik kepada topik yang kita bincang sebentar tadi, SEKS hanyalah sebahagian daripada tuntutan kebahagiaan, tetapi untuk mendapatkan bahagia bukan hanya pada seks malah tanggungjawab,kasih-sayang,perhubungan sesama sahabat juga sanak saudara,harta,juga yang paling penting adalah hubungan kita dengan Allah.

Kita jangan lupa akhirat....segala amal perbuatan didunia ini adalah sebagai bekal di akhirat sana. Kristian ajaq umatnya agama asing dunia asing, sebab itulah mereka tidak mengambil berat soal-soal agama. Kita jangan dok mengikut mereka kerana kita sudah ada panduan yang sangat ulung iaitu kalamullah wa kalamurrasullullah. dalam Islam hukum berzina sebelum kahwin adalah haram keji serta tercela.

Manusia perlukan seks kerana ia adalah fitrah manusia.Namun keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak.Islam menyuruh kita menyalurkannya tuntutan seks kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud “Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu.” (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.Anggota seks adalah amanah.Demikianlah juga dengan alat kelamin anda. Ia diberikan Allah kepada anda. Jika anda lakukan sesuka hati anda dengannya tanpa mengikut panduan agama, anda juga boleh dihukum sebagai seorang yang tidak jujur. Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata, “Amanah ialah alat kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya.”



Seks adalah hubungan spirituil dan fizikal yang terjalin di antara sepasang suami isteri yang berkahwin secara halal, .Satu hubungan suci antara dua insan, lelaki dan perempuan. Seks yang suci ini amat mendamaikan. Dalam Al-Quran Allah berfirman, “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21)
Seks juga ibadah mendatangkan pahala.Perkara ini dijelaskan oleh nabi di dalam hadis yang bermaksud, “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?’ Bersabda Nabi Muhammad, ‘Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperolehi pahala’.” (Riwayat Muslim)
Hubungan yang tidak halal ataupun seks luar nikah di sebut zina.Ia adalah haram dan mendatangkan dosa. Di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim.Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperolehi di dunia ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)


Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa….. Satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu.” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar) Pada hari ini, penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari grup ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS.


Islam mengutuk segala bentuk perzinaan dan segala perkara yang boleh membawa kepadanya dianggap buruk dan diharamkan oleh Islam. Allah berfirman di dalam Al-Quran, “Dan janganlah kamu mendekati zina.” (Surah Al-Isra ayat 32) Antara alat yang boleh merangsang syahwat manusia dan kemudian membawanya kepada zina ialah mata. Sebagai contoh, melihat gambar-gambar dan menonton filem-filem lucah, adalah satu bentuk zina. Justeru, Allah berfirman, “Katakanlah kepada lelaki yang Mukmin, (kawallah) penglihatan mereka dan peliharalah alat kelamin mereka.”Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya, “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya.” (Surah Al-Baqarah ayat 222)
Nabi Muhammad bersabda, “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut.” (Riwayat Ibn Majah, Tarmuzi dan Al-Hakim) Kaum Lut dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan homoseks di kota Sodom..
Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka dia bukan dari umatku.” (Riwayat Tabrani & Baihaqi) Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda, “Wahai anak-anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (dari gelojak nafsu.” (Riwayat Bukhari).Carilah calon suami atau isteri yng mempunyai kebaikan agama. &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; & nbsp; &n bsp; Kebersihan diri amat dipentingkan oleh Islam. Umat Islam diwajibkan mandi selepas mengadakan hubungan seks antara suami isteri, walaupun tanpa mengeluarkan air mani, seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad: “Apabila kemaluan bertemu dengan kemaluan, wajiblah mandi.” (Riwayat Tarmuzi) Di dalam riwayat yang lain Nabi bersabda, “Walaupun jika tidak mengeluarkan air mani.” (Riwayat Muslim dan Ahmad) Jika air mani keluar tanpa hubungan seks (sebagai contoh melalui mimpi), mandi tetap diwajibkan.Jadikanlah seks itu suatu kenikmatan pada jalannya. Tiada zina yang halal dalam Islam melainkan nikah jualah yang menghalalkannya. Wallahua'lam ....al-faqiru faqir ilallah....

Jelingan Selingan...!!!

Tsuchikage bersama sahabat Jabatan Dakwah & Pengurusan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Jelingan Selingan...!!!

Kenangan bersama golongan Syabab Islamiyyah

Jelingan Selingan...!!!

Tsuchikage bersama sahabat-sahabat seperjuangan tercinta

Mamak...Nasihat Seminit...!!!

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;

Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.” wallahua'lam....al-faqiru faqir ilallah..

Isu 3 : Bertudung Haram...!!!!

assalamualaikum.......berdasarkan tajuk ana di atas mungkin antum wa antunna akan merasakan bahawa ianya adalah suatu ajaran sesat ataupon suatu ajaran agama yang baru. Terpulang sebenarnya...ana serahkan penilaian pada diri sahabat serta sohabiyyah sendiri..


Bertudung sebenarnya haram...haram...haram...haram akan diri si pemakainya daripada masuk ke dalam neraka Allah selagi mana pemakaiannya berteraskan kepada kehendak syarak. Demikian firman Allah didalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud "Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-
anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab
(pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar),
cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan
(ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa
kamu di masa lalu)."


Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, "Allah s.w.t.
memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita
beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza
dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab
ialah kain yang dipakai di atas tudung kepalaĆ¢€¦" (Lihat Muhd `Ali al-
Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Berdasarkan tafsiran ini, makna jilbab yang paling tepat dalam
konteks hari ini ialah cadur, seperti yang dipakai oleh wanita Iran
itu. Tetapi saya berpendapat jilbab yang difahami dan dipakai oleh
wanita Islam Melayu sekarang pun telah mencapai maksud ayat tadi,
iaitu supaya mereka dikenal sebagai wanita solehah dan tidak berani
diganggu oleh lelaki fasiq pada kebiasaannya. Jilbab itu hendaklah
labuh sedikit sehingga menutup bentuk dada mereka dan lebih baik
lagi sehingga menutup paras punggung mereka. Saya berkata begitu
kerana antara tempat yang paling menarik perhatian dan menjadi
bualan lelaki-lelaki fasiq ialah dua tempat sensitif itu. Maka
perlulah tutup lebih sedikit berbanding betis dan lengan. Perkara
inilah yang wajib difahami oleh wanita-wanita yang mulia, terhormat
dan mempunyai harga diri. Adapun wanita yang tidak bercita-cita
sedemikian, maka mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengharuskan
pendedahan aurat atau perhiasan sulit (bukan zahir) mereka. Namun
para pendakwah perlulah berhikmah dan beransur-ansur dalam
pendekatan mereka. Jangan menghentam, menyerang dan menghina wanita
Islam yang belum dihidayatkan Allah itu. Berilah galakan kepada
mereka dan puji-pujilah mereka bahawa mereka kelihatan lebih cantik
dan menawan bila mereka menutup aurat. Yang baik kita mesti puji.
Namun, pendekatan beransur-ansur itu bukan bermakna mengatakan
mendedah rambut tidak berdosa langsung.

Cara menutup aurat seperti yang diterangkan tadi adalah wajib bagi
setiap wanita Islam bermula sejak mereka baligh sehingga mencapai
usia yang tiada keinginan untuk berkahwin/bersuami lagi (menopaus).
Bila mereka telah mencapai usia menopaus dan tiada keinginan lagi,
maka ketika itu ada kelonggaran untuk mereka tidak menutup rambut
dengan syarat tidak bersolek. Jika mereka masih bersolek dan
berpakaian seksi, maka dakwaan bahawa mereka tiada keinginan adalah
tidak diterima, kerana tujuan solek dan pakaian seksi itu adalah
untuk menarik perhatian dan mencari pasangan selalunya. Walau
bagaimanapun, kekal beriltizam dengan cara menutup aurat yang
sempurna itu adalah lebih baik bagi mereka, walaupun sesudah tiada
keinginan. Hukum ini berdasarkan ayat 60 Surah al-Nur.

wallahua'lam.....al-faqiru faqir ilallah..

Isu 2 : Ziarah Kubur Berdosa....???

Ziarah Makam




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih



Allah (swt) berfirman tentang kubur orang munafiq: “Jangan berdiri dekat kubur dia” (Wa la Taqum ala Qabrihi). Daripada ayat ini, ulama-ulama telah membuat deduksi bahawa kita harus ziarah kubur-kubur orang mukmin, yakni saudara Islam kita.



Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim, Abu Dawud, Nasai dan Musnad Ahmad (Bab al-Jana’iz) bahawa Nabi Muhammad (saw) telah bersabda: “Sebelum ini saya telah melarang kalian menziarahi kubur, tetapi sekarang saya memberi kebenaran menziarahinya, kerana ia akan memperingatkan kalian kepada Akhirat.”



Malah Nabi Muhamamd (saw) sendiri sering menziarahi kubur-kubur para sahabat yang telah meninggal dunia. Telah diriwayatkan di dalam enam buku hadis yang sahih bahawa Nabi Muhamamd (saw) selalu menziarahi tanah perkuburan di Madinah, Jannatul-Baqi dan berdo’a di tempat tersebut (Muslim dan Tirmidhi). Di dalam Al-Bayhaqi diriwayatkan Nabi Muhammad (Saw) sering menziarahi tanah perkuburan syahid-syahid peperangan Uhud setiap tahun (Al r’as kulli Hawl).



Selain daripada berziarah ke kubur secara umum, Nabi Muhammad (saw) juga pada kadang kala membuat ziarah pada waktu-waktu yang tertentu. Kita semua tahu bahawa Nabi Muhammad (saw) berziarah ke tanah perkuburan Jannat al-Mua’lla di Mekah. Di sinilah tempat isteri baginda, Sayyidah Khadijah, disemadikan dan baginda telah menggelar tanah perkuburan itu Ni’m al-Maqbarah Hazihi – tanah perkuburan yang diberkati.



Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (saw) juga menziarahi kubur ibundanya, yang terletak di antara Mekah dan Madinah. Baginda dan rombongannya telah menitiskan air mata mereka di kubur itu.



Di dalam hadis yang sahih, Jannatul Baqi’ di Madinah dinamakan sebagai tanah perkuburan yang tersuci di dunia. Ini adalah kerana yang disemadikan di situ ialah orang suci-suci belaka. Ini juga menunjukkan bahawa mengikut syariah, bukan semua tanah perkuburan sama darajat mereka. Tanah-tanah perkuburan orang suci lebih darajat dan maqam mereka, kalau tidak kenapa perlu kita menziarahi Jannat ul-Baq’i dan Jannat ul-Mu’alla di Madinah dan Mekah?



Bayhaqi telah meriwayatkan di dalam Shu’ab al-Iman bahawa Nabi Muhammad (saw) telah bersabda: “Bahawa sesiapa menziarahi kubur ibu-bapa mereka setiap hari Juma’at, mereka akan diampunkan dan nama mereka akan ditulis bersama orang salih” (Man zaara qabra abawayhi au ahadihima fi kulli Jum’ah, ghufira lahu wa kutiba barran).



Diriwayatkan di dalam Sharhus Sudoor oleh Imam Suyuti bahawa Nabi Muhammad (saw) menyuruh kita membaca Surah al-Ikhlas, Surah Takathur dan Surah Fatihah ababila kita menziarahi kubur. Seterusnya kita memberi hadiah bacaan surah-surah tersebut kepada mereka yang dalam kubur. Nabi Muhamamd (saw) menjelaskan bahawa dengan perbuatan itu, ruh mereka yang dalam kubur akan mendo’akan kita, meminta Allah (swt) mengampun dan memberkati kita.



Di dalam sebuah hadis (Kanzal Ummal oleh Imam Suyuti) di riwayatkan bahawa Sayyidina Ali (ra) berkata bahawa Nabi Muhammad (saw) bersabda: “Sesiapa yang menziarahi atau melintasi tanah perkuburan dan membaca Surah Ikhlas sebanyak sebelas kali dan memberi thawab (ganjaran) pembacaan tersebut kepada mereka yang dikuburkan di tempat itu, akan menerima thawab yang sama.





Rumusan

*

Sekiranya kita disarankan menziarahi kubur Nabi Muhammad (saw), para syahid, ibu-bapa, sudah pasti menziarahi kubur para awliya Allah juga merupakan perbuatan yang baik.
*

Terdapat barakah di kubur para awliya Allah.

Isu 1 : Wanita Bernajis kepada Wanita Permata

* Buat dirimu yang bergelar MUSLIMAH *

~Jadikanlah "Ghadhdul Bashar" (menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata' mu, nescaya akan semakin bening dan jernih.

~Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir mu, nescaya akan semakin manis.

~Gunakanlah "pemerah pipi" mu dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon iman.

~Pakailah "sabun istigfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang dirimu lakukan.

~Rawatlah rambut mu dengan "selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

~Hiasilah kedua tangan mu dengan gelang "tawadhu" dan jari-jemarimu dengan cincin ukhwah.

~Sebaik-baiknya kalungmu adalah kalung "kesucian".

~Bedakilah wajah mu dengan "air wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Wahai wanita sholehah
Pesona akhlakmu bagai mutiara yang berkilauan
Halus tuturmu menggambarkan pribadi yang santun
Kecantikan hatimu laksana kapas tanpa noda
Kesejukan aura jiwamu seperti bidadari syurga
Kau hiasi dirimu dengan bingkaian akhlak islami
Semakin berwibawa karena auratmu terhijabi.

Di saat wanita lain asyik memilih busana trendi
Sibuk memoles tubuh dan wajah
Berlomba memamerkan aurat mereka
Engkau justru tampil bersahaja
Dalam balutan agamis dan kerudung panjang
Engkau sembunyikan auratmu
Agar tak terjamah pesona kecantikan itu
Dari mata-mata lelaki jalang.

Di saat wanita-wanita lain mengidolakan
Miyabi, Britney Spears, Celine Dion, Maddona
Engkau mengidolakan Khadijah, Maryam, Asiyah, Fatimah
Di saat wanita lain bangga aibnya terbuka
Puas jika namanya di puja-puja
Engkau justru mengasingkan diri dari gemerlap dunia
Merahasiakan kebaikan yang kau lakukan pada sesama
Karena takut jatuh pada perbuatan riya'.

Di saat wanita-wanita lain menghabiskan waktu di plaza
Menghamburkan materi dengan sia-sia
Engkau justru menghabiskan waktumu di musholah
Menguatkan zikir dan memuja asma-Nya.
Merenda istigfar di atas sajadah cinta.

Di saat wanita-wanita lain hanyut dalam pesona zaman

Bercengkerama liar dengan segala kemewahan

Sibuk memuja artis-artis idaman

Engkau justru sibuk mengkaji ilmu

Mendakwahkan agama Islam tanpa ragu

Berjibaku dengan segala kesulitan

Meneriakkan kalimat jihad militan.

Dimanakah cantiknya seorang MUSLIMAH?...

Mungkin pada sepasang matanya yang bening yang selalu tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis atau yang sekali sekala memberikan kecupan mesra didahi umi juga ayah,suami dan pipi anak-anaknya….

Atau mungkin juga pada tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Panjatkanlah kesyukuran kehadirat Ilahi Robbi, kerana menjadikan kau muslimah sejati.

Namun harus di ingat, betapa pun dijaga,dipelihara,dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajahmu akan suram, mata akan kelam…..

Satu saja yang tidak dimakan usia, sifat keperempuananmu yang dipupuk dengan iman dan ibadah serta CINTA kepada ALLAH……….karna hidupmu pastinya bertunang mati.

Wahai Wanita Sholehah,,,,

Agungnya akhlakmu berselimut mutiara

Pada rahimmu kelak generasi-generasi agama

Akan Allah amanahkan

Engkau calon madrasah pertama

Saat mujahid-mujahid terlahir di dunia

Semoga bermanfaat.............

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:”La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (Bukhari dan Muslim)

Hadith di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi dan segala maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya juga akan menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Monday, December 27, 2010

maher zain-insyaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

assalamualaikum...

mencuba untuk berblogging....