AHLAN WASAHLAN

Sunday, January 29, 2012

Kisah Perjuangan Imam Ahmad bin Hanbal...


kisah kehidupan al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Marwazi al-Baghdadi (al-Imam Hanbali), seorang ulama' salaf yang mana di kagumi ilmunya dan amal ibadahnya oleh para Imam yang lain, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

al-Imam Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Usman bin Syafie (al-Imam Syafie) ada berkata (yang bermaksud) : " Ahmad bin Hanbali, imam dalam delapan hal, Imam dalam hadits, Imam dalam Fiqh, Imam dalam bahasa, Imam dalam Al-Qur'an, Imam dalam kefaqiran, Imam dalam kezuhudan, Imam dalam wara' dan Imam dalam Sunnah"

wallahua'lam..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

namun, al-Imam Hanbali ini telah diuji oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan suatu ujian yang berat, andai ia menimpa aku, aku berasa tidak mampu untuk menanggungnya dan melaluinya, astaghfirullah, mulianya Imam ini..

beliau telah diminta oleh pemerintah ketika itu yang mana telah di hasut oleh seorang ahli muktazilah untuk mengakui bahawa "Al-Quran adalah makhluk"..

namun, beliau tetap tegas menyatakan, "bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah kalamullah."

Imam Hanbali adalah satu-satunya ulama' di ketika itu yang berani membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa.. Kemudian beliau ditangkap dan dihadapkan ke hadapan pemerintah di ketika itu..

Keadaan ketika itu amat menguji ketabahan dan kesabaran para Imam terutamanya, kerana beratnya siksaan dan parahnya penderitaan, banyak ulama' yang tidak kuat menahannya dan akhirnya mengucapkan apa yang dituntut oleh pemerintah meskipun dengan lisan sahaja..

Banyak ulama' yang membisikkan kepada al-Imam Ahmad bin Hanbal untuk menyembunyikan keyakinannya agar selamat dari segala siksaan dan penderitaan, namun beliau menjawab (yang bermaksud) :

"Bagaimana kalian menyikapi hadits, "Sesungguhnya orang-orang sebelum Khabab, iaitu sabda nabi Muhammad ada yang digergaji kepalanya sekalian namun tidak membuatnya berpaling dari agamanya" (Hadits riwayat Bukari).

lalu beliau menegaskan, "Saya tidak peduli dengan kurungan penjara, penjara dan rumahku sama saja"

wallahua'lam..

lalu, al-Imam Ahmad bin Hanbal di ikat tangannya dan dipenjara..(T__T)

Ketegasan dan ketabahan beliau dalam menghadapi cabaran, ujian yang menderanya telah digambarkan oleh Ishaq bin Ibrahim (yang bermaksud), " Saya belum pernah melihat seorang yang masuk ke penguasa lebih tegar dari Imam Ahmad bin Hanbal, kami saat itu di mata penguasa hanya seperti lalat."

Di saat menghadapi tentangan pemerintah dan terpaan fitnah yang sangat dahsyat dan deraan siksaan yang luar biasa, beliau masih tabah dan sabar dalam keadaan tenang..astaghfirullah..(T__T)

al-Imam Ahmad bin Hanbal ini juga kemudiannya telah dihukum cambuk..astaghfirullah..(T__T)

Ketika cambuk yang pertama singgah di punggungnya, beliau mengucapkan, "bismillah".

Ketika cambuk yang kedua pula, beliau mengucapkan, "La haula walaa quwwata illaa billah" (Tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah).

ketika cambuk yang ketiga pula, beliau mengucapkan, "Al-Qur'an kalaamullahi ghairu makhluk" (Al-Qur'an adalah kalam Allah, bukan makhluk)

Ketika cambuk yang keempat pula, beliau membaca surah at-Taubah, ayat ke 51, yang bermaksud : "katakanlah : Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami," 

sehingga seluruh badan beliau mengalirkan darah..astaghfirullah..(T__T) astaghfirullah..(T__T) astaghfirullah..(T__T)

Kemudiannya, beliau dipenjara kembali..(T__T)

Pada suatu ketika al-Imam Ahmad bin Hanbal dibawa ke sebuah kota dengan tangan yang diikat, seorang yang alim menghampirinya iaitu Abu Ja'far al-Anbari..lalu al-Imam Ahmad bin Hanbal bertanya (yang bermaksud) : " hai Abu Ja'far, apakah engkau susah melihat keadaanku?"

jawabnya (yang bermaksud) : "Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana umat Manusia ada dibelakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu menjawab bahawa Al-Qur'an itu makhluk, pastilah engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka"

al-Imam Ahmad bin Hanbal apabila mendengar kata-kata Ja'far itu, beliau bercucuran air mata dan berkata (yang bermaksud) : "Masya Allah! Masya Allah! Masya Allah!"

astaghfirullah..(T__T)

Kemudian, beliau dikunjungi juga oleh seorang bekas penjahat yang bernaman Abdul Haitsam al-Ayyar dan berkata kepada beliau (yang bermaksud) : "Wahai Imam, saya ini seorang pencuri yang didera dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya, pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam gelisah dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran"

astaghfirullah..(T__T)

Dan al-Imam Ahmad bin Hanbal ada juga berkata (yang bermaksud) : "semenjak terjadinya fitnah, saya belum pernah mendengar suatu kalimat yang lebih mengesankan dari kalimat yang diucapkan oleh seorang Arab Badwi kepadaku, "wahai Ahmad, jika anda terbunuh kerana kebenaran maka anda mati syahid, dan jika anda selamat, maka anda hidup mulia". maka hatiku bertambah kuat."

astaghfirullah..(T__T)

No comments:

Post a Comment