Tazkirah Remaja
Bersama Mohd Zawawi Yusoh
Zina perbuatan keji dan
sejahat-jahat, serta seburuk-buruk jalan.
1.Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan
keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilang sifat warak (menjaga diri
dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2.Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam
malu adalah sesuatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah
khasnya bagi wanita.
3.Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4.Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan
sinarnya.
5.Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan
sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6.Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan
jatuh martabatnya, baik dihadapan Allah mahupun sesama manusia.
7.Allah akan mencampakkan sifat liar di hati
penzina sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8.Penzina akan dipandang manusia dengan
pandangan mual dan tidak percaya.
9.Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu
dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui
mulut atau badannya.
10.Kesempitan hati dan dada selalu meliputi
penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang
diingininya. Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara
bermaksiat kepada Allah,maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia
inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta
kebahagiaan.
11.Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat
bidadari jelita di syurga kelak.
12.Perzinaan menyeret kepada terputusnya
hubungan silaturahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram,berbuat zalim
serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan,ia
boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang
lain. Zina biasanya berkait dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila
berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13.Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan
merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan
sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14.Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina
lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya
kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.
Tetapi
dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupu
akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri,dia masih berasa berbeza
dengan orang yang tidak pernah melakukanya.
Jika
wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia menggugurkanya, dia
berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.
Sekiranya
dia ialah wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan
membiarkan anak itu lahir,dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga
suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia
sebenarnya.Na’udzubillahi min dzaalik.
15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit
seperti Aids, sifilis dan gonorhea atau kencing bernanah.
16.Antara azab di akhirat nanti penzina akan
dibesarkan kemaluan,baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud.Anda tahu
besar mana Bukit Uhud?
Semoga kita dan anak-anak kita terselamat dari
bencana durjana ini.
(Dipetik dan diubahsuai daripada”Tazkirah
Remaja,Bersama Mohd Zawawi Yusoh,Akhbar Metro,Variasi, ruangan Ad-din,
Jumaat, 9 Oktober 2009.)
No comments:
Post a Comment