AHLAN WASAHLAN

Friday, December 31, 2010

Isu 3 : Bertudung Haram...!!!!

assalamualaikum.......berdasarkan tajuk ana di atas mungkin antum wa antunna akan merasakan bahawa ianya adalah suatu ajaran sesat ataupon suatu ajaran agama yang baru. Terpulang sebenarnya...ana serahkan penilaian pada diri sahabat serta sohabiyyah sendiri..


Bertudung sebenarnya haram...haram...haram...haram akan diri si pemakainya daripada masuk ke dalam neraka Allah selagi mana pemakaiannya berteraskan kepada kehendak syarak. Demikian firman Allah didalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud "Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-
anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab
(pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar),
cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan
(ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa
kamu di masa lalu)."


Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, "Allah s.w.t.
memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita
beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza
dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab
ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…" (Lihat Muhd `Ali al-
Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Berdasarkan tafsiran ini, makna jilbab yang paling tepat dalam
konteks hari ini ialah cadur, seperti yang dipakai oleh wanita Iran
itu. Tetapi saya berpendapat jilbab yang difahami dan dipakai oleh
wanita Islam Melayu sekarang pun telah mencapai maksud ayat tadi,
iaitu supaya mereka dikenal sebagai wanita solehah dan tidak berani
diganggu oleh lelaki fasiq pada kebiasaannya. Jilbab itu hendaklah
labuh sedikit sehingga menutup bentuk dada mereka dan lebih baik
lagi sehingga menutup paras punggung mereka. Saya berkata begitu
kerana antara tempat yang paling menarik perhatian dan menjadi
bualan lelaki-lelaki fasiq ialah dua tempat sensitif itu. Maka
perlulah tutup lebih sedikit berbanding betis dan lengan. Perkara
inilah yang wajib difahami oleh wanita-wanita yang mulia, terhormat
dan mempunyai harga diri. Adapun wanita yang tidak bercita-cita
sedemikian, maka mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengharuskan
pendedahan aurat atau perhiasan sulit (bukan zahir) mereka. Namun
para pendakwah perlulah berhikmah dan beransur-ansur dalam
pendekatan mereka. Jangan menghentam, menyerang dan menghina wanita
Islam yang belum dihidayatkan Allah itu. Berilah galakan kepada
mereka dan puji-pujilah mereka bahawa mereka kelihatan lebih cantik
dan menawan bila mereka menutup aurat. Yang baik kita mesti puji.
Namun, pendekatan beransur-ansur itu bukan bermakna mengatakan
mendedah rambut tidak berdosa langsung.

Cara menutup aurat seperti yang diterangkan tadi adalah wajib bagi
setiap wanita Islam bermula sejak mereka baligh sehingga mencapai
usia yang tiada keinginan untuk berkahwin/bersuami lagi (menopaus).
Bila mereka telah mencapai usia menopaus dan tiada keinginan lagi,
maka ketika itu ada kelonggaran untuk mereka tidak menutup rambut
dengan syarat tidak bersolek. Jika mereka masih bersolek dan
berpakaian seksi, maka dakwaan bahawa mereka tiada keinginan adalah
tidak diterima, kerana tujuan solek dan pakaian seksi itu adalah
untuk menarik perhatian dan mencari pasangan selalunya. Walau
bagaimanapun, kekal beriltizam dengan cara menutup aurat yang
sempurna itu adalah lebih baik bagi mereka, walaupun sesudah tiada
keinginan. Hukum ini berdasarkan ayat 60 Surah al-Nur.

wallahua'lam.....al-faqiru faqir ilallah..

No comments:

Post a Comment