AHLAN WASAHLAN

Friday, December 31, 2010

Isu 2 : Ziarah Kubur Berdosa....???

Ziarah Makam




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih



Allah (swt) berfirman tentang kubur orang munafiq: “Jangan berdiri dekat kubur dia” (Wa la Taqum ala Qabrihi). Daripada ayat ini, ulama-ulama telah membuat deduksi bahawa kita harus ziarah kubur-kubur orang mukmin, yakni saudara Islam kita.



Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim, Abu Dawud, Nasai dan Musnad Ahmad (Bab al-Jana’iz) bahawa Nabi Muhammad (saw) telah bersabda: “Sebelum ini saya telah melarang kalian menziarahi kubur, tetapi sekarang saya memberi kebenaran menziarahinya, kerana ia akan memperingatkan kalian kepada Akhirat.”



Malah Nabi Muhamamd (saw) sendiri sering menziarahi kubur-kubur para sahabat yang telah meninggal dunia. Telah diriwayatkan di dalam enam buku hadis yang sahih bahawa Nabi Muhamamd (saw) selalu menziarahi tanah perkuburan di Madinah, Jannatul-Baqi dan berdo’a di tempat tersebut (Muslim dan Tirmidhi). Di dalam Al-Bayhaqi diriwayatkan Nabi Muhammad (Saw) sering menziarahi tanah perkuburan syahid-syahid peperangan Uhud setiap tahun (Al r’as kulli Hawl).



Selain daripada berziarah ke kubur secara umum, Nabi Muhammad (saw) juga pada kadang kala membuat ziarah pada waktu-waktu yang tertentu. Kita semua tahu bahawa Nabi Muhammad (saw) berziarah ke tanah perkuburan Jannat al-Mua’lla di Mekah. Di sinilah tempat isteri baginda, Sayyidah Khadijah, disemadikan dan baginda telah menggelar tanah perkuburan itu Ni’m al-Maqbarah Hazihi – tanah perkuburan yang diberkati.



Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (saw) juga menziarahi kubur ibundanya, yang terletak di antara Mekah dan Madinah. Baginda dan rombongannya telah menitiskan air mata mereka di kubur itu.



Di dalam hadis yang sahih, Jannatul Baqi’ di Madinah dinamakan sebagai tanah perkuburan yang tersuci di dunia. Ini adalah kerana yang disemadikan di situ ialah orang suci-suci belaka. Ini juga menunjukkan bahawa mengikut syariah, bukan semua tanah perkuburan sama darajat mereka. Tanah-tanah perkuburan orang suci lebih darajat dan maqam mereka, kalau tidak kenapa perlu kita menziarahi Jannat ul-Baq’i dan Jannat ul-Mu’alla di Madinah dan Mekah?



Bayhaqi telah meriwayatkan di dalam Shu’ab al-Iman bahawa Nabi Muhammad (saw) telah bersabda: “Bahawa sesiapa menziarahi kubur ibu-bapa mereka setiap hari Juma’at, mereka akan diampunkan dan nama mereka akan ditulis bersama orang salih” (Man zaara qabra abawayhi au ahadihima fi kulli Jum’ah, ghufira lahu wa kutiba barran).



Diriwayatkan di dalam Sharhus Sudoor oleh Imam Suyuti bahawa Nabi Muhammad (saw) menyuruh kita membaca Surah al-Ikhlas, Surah Takathur dan Surah Fatihah ababila kita menziarahi kubur. Seterusnya kita memberi hadiah bacaan surah-surah tersebut kepada mereka yang dalam kubur. Nabi Muhamamd (saw) menjelaskan bahawa dengan perbuatan itu, ruh mereka yang dalam kubur akan mendo’akan kita, meminta Allah (swt) mengampun dan memberkati kita.



Di dalam sebuah hadis (Kanzal Ummal oleh Imam Suyuti) di riwayatkan bahawa Sayyidina Ali (ra) berkata bahawa Nabi Muhammad (saw) bersabda: “Sesiapa yang menziarahi atau melintasi tanah perkuburan dan membaca Surah Ikhlas sebanyak sebelas kali dan memberi thawab (ganjaran) pembacaan tersebut kepada mereka yang dikuburkan di tempat itu, akan menerima thawab yang sama.





Rumusan

*

Sekiranya kita disarankan menziarahi kubur Nabi Muhammad (saw), para syahid, ibu-bapa, sudah pasti menziarahi kubur para awliya Allah juga merupakan perbuatan yang baik.
*

Terdapat barakah di kubur para awliya Allah.

No comments:

Post a Comment