AHLAN WASAHLAN

Friday, December 31, 2010

Isu 4 : Berzina Halal...!!!

 Assalamualaikum.....di ruangan ini sekali lagi ana tampil dengan membawakan hujah bahawa berzina itu halal. Isu ini sangat hangat melanda golongan muda-mudi abad ke 21 ini. Seperti yang ana katakan tadi bahawa, memang berzina itu dihalalkan malah sumbang mahram juga di halalkan. Kedua-dua perkara tersebut dihalalkan oleh golongan Kristian. Ini boleh dirujuk didalam kitab Bible mereka iaitu ;

 Putra Daud Yang Lain Memperkosa Ibunya (10 kali berurutan). Absalom membentangkan sebuah kemah di atas Sotoh dan membaringkan 10 istri (gundik) ayahnya dan memperkosa mereka semuanya satu per satu,'di depan mata seluruh Bani Israel.'(Injil - 2 Samuel 16: 21-23).

Sebab itu kita melihat dengan mata kepala kita sendiri bahawa majoriti penganut agama kristian dengan bebas melakukan perzinaan secara terang-terangan malahan juga di tempat-tempat terbuka. Begitu mudahnya hidup mereka. Nampak macam bahagiakan kan kan.

Namun apa yang Islam ajarkan kepada kita lebih hebat serta dahsyat kebahagiaannya daripada ajaran kristian yang hanya memikirkan tentang seks semata-mata, Islam adalah suatu cara hidup. Islam mengambil kira daripada hal yang sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besar perkara. Semuanya berkaitan dengan islam baik daripada segi ekonomi,politik mahupun sosial. Berbalik kepada topik yang kita bincang sebentar tadi, SEKS hanyalah sebahagian daripada tuntutan kebahagiaan, tetapi untuk mendapatkan bahagia bukan hanya pada seks malah tanggungjawab,kasih-sayang,perhubungan sesama sahabat juga sanak saudara,harta,juga yang paling penting adalah hubungan kita dengan Allah.

Kita jangan lupa akhirat....segala amal perbuatan didunia ini adalah sebagai bekal di akhirat sana. Kristian ajaq umatnya agama asing dunia asing, sebab itulah mereka tidak mengambil berat soal-soal agama. Kita jangan dok mengikut mereka kerana kita sudah ada panduan yang sangat ulung iaitu kalamullah wa kalamurrasullullah. dalam Islam hukum berzina sebelum kahwin adalah haram keji serta tercela.

Manusia perlukan seks kerana ia adalah fitrah manusia.Namun keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak.Islam menyuruh kita menyalurkannya tuntutan seks kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud “Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu.” (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.Anggota seks adalah amanah.Demikianlah juga dengan alat kelamin anda. Ia diberikan Allah kepada anda. Jika anda lakukan sesuka hati anda dengannya tanpa mengikut panduan agama, anda juga boleh dihukum sebagai seorang yang tidak jujur. Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata, “Amanah ialah alat kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya.”



Seks adalah hubungan spirituil dan fizikal yang terjalin di antara sepasang suami isteri yang berkahwin secara halal, .Satu hubungan suci antara dua insan, lelaki dan perempuan. Seks yang suci ini amat mendamaikan. Dalam Al-Quran Allah berfirman, “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21)
Seks juga ibadah mendatangkan pahala.Perkara ini dijelaskan oleh nabi di dalam hadis yang bermaksud, “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?’ Bersabda Nabi Muhammad, ‘Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperolehi pahala’.” (Riwayat Muslim)
Hubungan yang tidak halal ataupun seks luar nikah di sebut zina.Ia adalah haram dan mendatangkan dosa. Di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim.Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperolehi di dunia ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)


Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa….. Satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu.” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar) Pada hari ini, penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari grup ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS.


Islam mengutuk segala bentuk perzinaan dan segala perkara yang boleh membawa kepadanya dianggap buruk dan diharamkan oleh Islam. Allah berfirman di dalam Al-Quran, “Dan janganlah kamu mendekati zina.” (Surah Al-Isra ayat 32) Antara alat yang boleh merangsang syahwat manusia dan kemudian membawanya kepada zina ialah mata. Sebagai contoh, melihat gambar-gambar dan menonton filem-filem lucah, adalah satu bentuk zina. Justeru, Allah berfirman, “Katakanlah kepada lelaki yang Mukmin, (kawallah) penglihatan mereka dan peliharalah alat kelamin mereka.”Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya, “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya.” (Surah Al-Baqarah ayat 222)
Nabi Muhammad bersabda, “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut.” (Riwayat Ibn Majah, Tarmuzi dan Al-Hakim) Kaum Lut dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan homoseks di kota Sodom..
Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka dia bukan dari umatku.” (Riwayat Tabrani & Baihaqi) Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda, “Wahai anak-anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (dari gelojak nafsu.” (Riwayat Bukhari).Carilah calon suami atau isteri yng mempunyai kebaikan agama. &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; & nbsp; &n bsp; Kebersihan diri amat dipentingkan oleh Islam. Umat Islam diwajibkan mandi selepas mengadakan hubungan seks antara suami isteri, walaupun tanpa mengeluarkan air mani, seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad: “Apabila kemaluan bertemu dengan kemaluan, wajiblah mandi.” (Riwayat Tarmuzi) Di dalam riwayat yang lain Nabi bersabda, “Walaupun jika tidak mengeluarkan air mani.” (Riwayat Muslim dan Ahmad) Jika air mani keluar tanpa hubungan seks (sebagai contoh melalui mimpi), mandi tetap diwajibkan.Jadikanlah seks itu suatu kenikmatan pada jalannya. Tiada zina yang halal dalam Islam melainkan nikah jualah yang menghalalkannya. Wallahua'lam ....al-faqiru faqir ilallah....

No comments:

Post a Comment