AHLAN WASAHLAN

Saturday, January 1, 2011

Isu 6 : Adakah Facebook Tabung Dosa..???


 Assalamualaikum.....sekali lagi kita bertemu dalam ruangan yang ana kira sebagai wadah perkongsian ilmu yang dimana malaikat turut serta didalamnya. Baru-baru ini ana telah terlibat dengan suatu seminar dakwah di IKIP. Yang di mana seminar tersebut menjurus kepada ingin melahirkan para tekno da'ei iaitu pendakwah yang mahir dalam lapangan ICT lalu mampu menyebarkan dakwah Islamiyyah ke dalam pelbagai bentuk media. Berikut adalah ilmu  yang ana ambil yang boleh kita kongsi bersama sepanjang ana berada di sana.



Aplikasi jaringan sosial semakin popular hari ini. Jika dahulu, MySpace dan Friendster menjadi pilihan, hari ini Facebook digunakan secara meluas oleh hampir semua orang yang mempunyai capaian kepada Internet. Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah firma penyelidikan iaitu TNS, penduduk Malaysia merupakan pengguna Facebook paling aktif di dunia (Perraudin, 2010). Pengguna Malaysia mempunyai paling ramai kawan iaitu purata 233 orang berbanding Brazil di tempat kedua (purata 231 orang) dan Norway (217 orang). Pengguna Facebook yang mempunyai kawan paling sedikit ialah Jepun (purata 12 orang). Pengguna Facebook di Malaysia juga, menurut kajian yang sama, merupakan pengguna yang berada di atas talian menggunakan jaringan sosial paling lama iaitu selama 9 jam seminggu, berbanding 8.1 jam seminggu bagi pengguna di Russia dan 7.7 jam bagi pengguna di Turki.


  Facebook menjadi popular kerana aplikasi jaringan sosial ini berjaya menyepadukan pelbagai aplikasi ke dalam aplikasinya. Pengguna boleh berkongsi gambar dan video; mengemas kini status, blog dan seumpamanya; berbual di atas talian; bermain permainan Internet; dan lain-lain lagi. Pengguna hanya perlu memasuki Facebook untuk membolehkan semua ini dilakukan.

            

Para pendakwah boleh memanfaatkan Facebook yang mempunyai pelbagai aplikasi di dalamnya untuk berdakwah. Kebijaksanaan pendakwah boleh membantu kerja-kerja dakwah berjalan dengan berkesan menggunakan aplikasi Facebook ini. Video-video ceramah, artikel-artikel dakwah dan seumpamanya boleh dimuat naik ke Facebook. Malah, status ringkas pendakwah juga boleh meninggalkan kesan yang diinginkan kepada pengguna-pengguna Facebook.

            
Banyak ruang dan peluang yang ada menerusi Facebook yang boleh diterokai dan digunakan oleh golongan pendakwah. Memandangkan aplikasi ini amat popular dalam kalangan pengguna Internet, khususnya di Malaysia, Facebook seharusnya diguna pakai dalam kerja-kerja dakwah. Ini merupakan satu wadah yang boleh mendekatkan pendakwah kepada masyarakat siber. Nabi bersabda yang bermaksud "sampaikanlah dariku walaupun satu ayat".


Namun berbalik kepada tajuk kita, adakah facebook tabung dosa. Bagi fikrah penulis, facebook adakala jatuh hukumnya kepada haram jika sekiranya kesalahan meletakkan gambar tanpa menutup aurat,menggunakan facebook untuk mendedahkan keaiban orang yang mana telah Allah tutup, dosa besar tue, juga mengumpat ,mencela ,mencari maksiat dengan melihat perkara-perkara yang tak sepatutnya dilihat oleh seorang muslim, cari pak we mak we.....dan lain-lain lagi....ana sebagai peminat facebook berharap agar kita umat Islam ini harus berganding bahu untuk menyebarkan agama Allah ini melalui media facebook,blog atau yang seumpamanya. Facebook yang asalnya ditabung dengan dosa kini boleh digunakan semula untuk menabung pahala demi mencari keredhaan Allah Jalla Wa'ala....wallahua'alam ...al-faqiru faqir ilallah....

No comments:

Post a Comment