AHLAN WASAHLAN

Sunday, January 2, 2011

Kalam Rasul Media Online Sohih Selamanya..!!!

Rasulullah saw meninggalkan Quran & sunnah baginda kpd umat, Islam, sesungguhnya Rasulullah saw ada bersabda yg maksudnya: Aku tinggalkan kpd kamu dua perkara yg kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-quran & sunnah. Sesungguhnya Al-Quran  adalah mukjizat baginda yg kekal sehingga sekarang, dimana Al-Quran & sunnah baginda menerangkan hal-hal yg akan dtg & lain-lain ILMU.


PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Drpd Abu Hurairah ra katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, Umat ku akan ditimpa penyakit2 yg pernah menimpa umat2 dahulu. Sahabat bertanya, Apakah penyakit2 umat2 dahulu itu? Nabi saw menjawab, Penyakit2 itu ialah: 1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah (3) menghimpunkan harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dlm merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalim. - H.R Hakim
KETERANGAN:
Penyakit2 yg disebutkan oleh Rasulullah saw tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin dihari ini. Disana sini melihat penyakit ini merebak & menjalar dlm masyarakat dgn ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani itulah mereka  terpaksa mencari & menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara & tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak & yg wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasut-menghasud & sebaginya.

ISLAM KEMBALI DAGANG
Drpd Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw; Islam mula tersebar dlm keadaan dagang (asing), & ia akan kembali asing pula. maka beruntanglah org2 yg asing - H.R. Muslim
KETERANGAN
Islam mulai tersebar di Mekah dgn keadaan yg sangat asing & dagang. Sangat sedikit penganut & pendukungnya kalau dibandingkan dgn penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. kemudian Islam kembai asing & di rasa ganjil pandangan dunia, bahkan dr pandangan org Islam sendiri. Sebahagian drpd org Islam yg iltizam (komitmen) dgn Islam & cuba mengamalkan tuntutan Islam yg sebenar. seorg yg iltizam dgn Islam dipandang sepi oleh masyarakat & terlalu susuah untuk diterima sebagai individu yg sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian  masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorg yg meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan itu dianggap tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika org lain bersembhyang tidak dianggap sebgai perbuatan yg salah & terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib Islam di akhir zaman........Ia akan terasing & tersisih dr mayarakat, bahkan tersisih dr pandangan org Islam sendiri yg mengaku sebagai umat Islam & marah apabila dikatakan yg dia bukan org Islam.

No comments:

Post a Comment