AHLAN WASAHLAN

Monday, January 3, 2011

Isu 8 : Berwuduk dengan air kencing unta...???

Assalamualaikum dan salam ukhuwah kepada semua sahabat handai dan juga pengunjung blog ana juga tidak dilupakan para followersku yang dikasihi sekalian. Tajuk yang ana ingin berkongsi pada hari ini ialah adakah boleh kita berwuduk dengan air kencing unta.......Hadis nabi ada berkumandang....

"Bahawa serombongan golongan Ukal' seramai 8 orang datang menemui Rasulullah s.a.w. , lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk memeluk Islam. Kemudian cuaca kota madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh badan mereka sakit-sakit, lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada mereka : Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya, kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya. Mereka menjawab : Baiklah. Mereka pun pergi dan meminum susu dan air kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah s.a.w. dan merampas unta-untanya."

Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.( Muttafaqun alaihi)



Ibn Qayyim memetik kata-kata Ibn Sina (pengarang Kitab al-Qanuun) : Kencing yang ada khasiat ialah kecing dari unta Badui yang dipanggil Najeeb. [Zaad al-Ma'aad, 4/47-48].
Ulama’ khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal di makan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam rh. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.”
Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal di makan adalah suci, termasuk unta. 

Persoalannya ialah adakah boleh mengambil wuduk dengan menggunakan air kencing unta kerana jumhur fuqaha' mengatakan bahawa halal air kencing binatang yang halal disembelih....Menurut Ustaz Nazri bin Mat Zin, Pensyarah di Jabatan Dakwah & Pengurusan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah di dalam kenyataannya berhubung dengan perkara ini, beliau merujuk kembali kepada Imam Mazhab Syafie yakni tetap haram kerna dihukum najis akan air kencing unta tersebut.....wallahua'lam....al-faqiru faqir ilallah...

 

No comments:

Post a Comment