AHLAN WASAHLAN

Sunday, January 2, 2011

Muhasabah Iman Cermin Nafsu...!!!

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH


Assalamualaikum serta salam sejahtera ana ucapkan kepada sahabat serta pengunjung laman perkongsian ilmu ini.....insyaallah hari ini ana ingin berkongsi sedikit mengenai solat yang mana dilakukan dengan sempurna sifat serta rukunnya tetapi masih tidak diterima oleh Allah atas sebab-sebab yang akan ana kongsikan nanti...insyaallah...moga-moga setelah kita mengetahuinya maka kita tidak lagi melakukan ibadah yang tidak sempurna...insyaallah...di kesempatan ini ana ingin mengucapkan rasa terima kasih di atas ilmu yang di ajar oleh salah seorang guru-guru ana dalam pelbagai lapangan ilmu baik duniawi mahupun ukhrawi....Ustaz Kazim bin Elias al-Hafiz telah menghuraikan topik yang akan ana kongsikan ini....ana akan berkongsi apa yang ana dengar insyaallah...


1. Orang Lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang Lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang Lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri

5. Orang Lelaki yang minum arak berterusan tanpa mahu meninggalkannya.(taubat)

6. Orang Perempuan yang membuatkan suaminya marah padanya.

7. Orang Perempuan yang mengerjakan solat tetapi apabila di luar solat dia masih mendedahkan auratnya.

8. Imam atau Pemimpin yang sombong serta zalim menganiaya sesuka hatinya tanpa berpandukan dalil syarak

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang-orang yang mana solatnya tidak dapat mencegah dirinya daripada melakukan perbuatan yang keji   dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :" Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T. dan jauh dari Allah".

Hasan r.a. berkata :" Kalau solat kamu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk".

Maka berdasarkan dalil serta hujah di atas maka ana berharap agar kita semua beroleh walaupun tidak banyak barangkali mungkin dapat merubah sedikit lebih baik peningkatan mutu kualiti amal ibadah kita kepada Kholiq kita yakni Allahu Jalla Wa'ala....wallahua'lam.....al-faqiru-faqir ilallah.....

No comments:

Post a Comment