AHLAN WASAHLAN

Saturday, January 1, 2011

Isu 7 : Nak bace Je Horoskop...Tapi Tak Percaya Pon...Hukumnya...???


Assalamualaikum....bertemu kita sekali lagi wahai sahabat, follower, ataupun pengunjung yang sudi mengunjungi ruangan blog yang mana ana mengganggapnya sebagai medan perkongsian ilmu insyaallah...sebelum kita menelusuri serta membongkar apakah hukumnya ana harap bagi umat Islam marilah kita mulakan dengan membaca ummul kitab...al-fatihah...

Alhamdulillah.....tajuk ini ana pilih kerana ana rasa ianya begitu dekat serta sinonim dengan kehidupan kita seharian yang mana tidak dapat tidak mesti mempunyai cabaran keimanan yang kuat seiring dengan bertambahnya kemajuan sains dan juga teknologi bahkan.....ana juga pernah terlibat dalam hal yang akan kita bicarakan ini....ana nak memulakan dengan Kalam Rasulullah mengenai hal di atas insyaallah.

Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).
ana telah menyelidiki beberapa buah lembaran berkaitan dengan hukumnya kita yang merasakan ' ala takpala bukannya nak percaya pon, kita baca men-men ja'....adakah boleh kita berkata sedemikian....kalau merujuk kepada hadis sohih di atas ana dapat merasakan bahawa para sahabat sekalian akan berfikir sejenak...ana akan terangkan mengenai definisi Horoskop serta Ramalannya insyaallah kepada sesiapa yang agak 'blerr' dengan tajuk ini.

Horoskop dan Astrologi ialah ilmu yang digunakan bagi mencari maklumat serta ramalan terhadap perkara ghaib dari bintang-bintang serta bulan-bulan kelahiran seseorang manusia. Seringkali kita lihat horoskop seperti ini banyak dipaparkan di dalam majalah dan media massa terutamanya yang disasarkan kepada golongan remaja.

Ramalan Horoskop dipercayai konon yang dapat menentukan ramalan personaliti seseorang, sifat peribadi dan ramalan nasib bulan-bulan dalam kehidupannya. Misalnya bagi ana yang lahir di dalam bulan Oktober pada hari ke 8  merupakan mereka yang dilabelkan dengan bintang Libra dan mempunyai personaliti serta peribadi ramalan tertentu. Cehh...
 
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Telah jelas hukum sihir bahawa ianya haram menurut kesepakatan ulama dan membawa kepada kufur serta terbatal iman. Maka di dalam masalah ilmu horoskop ini hendaklah para pemuda-pemudi Islam berhati-hati dan tidak mempercayai apa-apa dari ramalan bintang-bintang ini yang jauh dari kebenaran dan dipenuhi kedustaan dan penipuan sekalipun terdapat kepadanya beberapa berita yang mendekati kebenaran. Firman Allah,
Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui . (Al-An am : 97).

Imam Bukhari ra telah meriwayatkan di dalam kitab sahihnya bahawa Qatadah, seorang ulama tabien yang terkenal telah berkata : Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah maka barangsiapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini maka ianya adalah salah dan sia-sia iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya.

Mempelajari ilmu bintang seperti ilmu falaq, ilmu kaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan bagi mendapat maklumat yang berguna bagi keselamatan manusia dan faedah kepada manusia dari sudut ilmu pengetahuan yang membawa manfaat tidaklah salah. Tetapi mempelajari ilmu astrologi untuk tujuan horoskop dan meramal nasib maka hukumnya ialah haram dan berdosa. Kalam Rasul berkumandang,

"Barangsiapa yang mendatangi seorang peramal lalu
mempercayai apa yang diramalkan, maka ia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkankepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam ." (HR. Tirmidzi No. 135, Abu Dawud No. 3904, Ibnu
Majah No. 639 dan Ahmad No. 9252)

"Barangsiapa yang mendatangi seorang peramal lalu menanyakan kepada tentang satu ramalan,maka tidak akan diterima shalatnya selama empat puluh malam." (HR. Muslim 2230)

Hanya Allah yang tahu akan hal yang ghaib atau belum pernah terjadi:
”Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh
sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)" [Al An’aam:59]
Tok Bomoh ataupun pengamal kaji bintang biasanya tidak mahu menyebut nama, tempat, atau tanggal secara pasti. Sebab jika disebut dan meleset maka kredibilitinya akan turun.Yang sering disebut hal yang umum yang memang sudah biasa terjadi misalnya tahun 2010 akan ada gempa, banjir, kiamat 2012. Berdasarkan peristiwa sebelum ini, di Malaysia memang hal tersebut terjadi setiap tahun. Jadi jika memang benar terjadi gempa & banjir itu memang sudah tidak aneh serta pelik lagi kerana ianya adalah merupakan sunnatullah. Ini adalah fesyen syirik terdahulu namun kini telah di upgredkan oleh musuh-musuh Islam demi matlamat busuk mereka yakni menghancurkan Islam. Sebab itu, insyaallah ana akan cuba mematahkan segala bentuk khurafat serta syirik yang di canang mereka.

Yang jelas sebagaimana disebutkan oleh hadits di atas, mempercayai ramalan menyebabkan seseorang jadi kufur dan tidak diterima solatnya oleh Allah SWT.

Allah juga menyebut bahwa orang yang percaya pada ramalan bererti dia telah syirik:
Barangsiapa membatalkan maksud keperluannya karena ramalan mujur-sial maka dia telah bersyirik kepada Allah. Para sahabat bertanya, "Apakah penebusannya, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Ucapkanlah: "Ya Allah, tiada kebaikan kecuali kebaikanMu, dan tiada kesialan kecuali yang Engkau timpakan dan tidak ada ilah (tuhan / yang disembah) kecuali Engkau." (HR. Ahmad)....

Ramalan mujur-sial adalah syirik. (Beliau mengulanginya tiga kali) dan tiap orang pasti terlintas dalam hatinya perasaan demikian, tetapi Allah menghilangkan perasaan itu dengan bertawakal. (HR. Bukhari dan Muslim)....


Trend sekarang pon nampaknya macam tue juga, anak-anak remaja yang mana masih bersih otaknya mudah dikotorkan oleh perancangan jahat Yahudi. Yahudi laknatullah sebenarnya mengkaji Al-Quran serta hadis-hadis nabi malah mereka mempercayainya namun bukannya digunakan untuk beriman kepada Allah tetapi untuk mencari jalan bagaimana untuk menentangnya. Subhanallah... sebagai akhir kata haramlah untuk kita hatta mencubanya dengan main-main pun.....Ya Allah kami berlindung daripada apa-apa jua perkara yang mensyirikkan kamu samada kami sedar ataupun tidak kami sedar.....Amin....wallahua'lam....al-faqiru faqir ilallah...




 





No comments:

Post a Comment