AHLAN WASAHLAN

Friday, January 7, 2011

Mamak...Hiburan Islam 1...!!!

Ingatan Buat Kaum Hawa

Wahai Hawa,
Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam
itu?
Kenapa..
mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya?
kenapa..
masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ?
dan kenapa..
masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?
Wahai Hawa,
Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian..
boleh mengoncang dunia,
Sedarlah hawa..
kau boleh mengoncang dunia
dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Soleh dan Solehah,
kau boleh menggegar dunia
dengan menjadi isteri yang taat
serta memberi dorongan dan
sokongan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia.
Tapi hawa..
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan
lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu
wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk
menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum
Adam yang bukan
suamimu..kerana aku khuatir ia mengundang
kemurkaan
dan kebencian ALLAH.
BAHANA! Ia bisa memberi kegembiraan pada
syaitan..
kerana wanita ialah jala syaitan,
alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam
menyesatkan kaum Adam.
Hawa,
Andai engkau masih remaja..
jadilah anak yang Solehah
buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami..
jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu,
andai engkau seorang ibu..
didiklah anakmu
sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din
ALLAH.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji TUHAN kita,
wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu..
hanya semata-mata
kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan
susuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum
lelaki,kerana kau bukan memancing hatinya..
tapi merangsang nafsunya.
Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan
lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari
mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam, dari salam
cenderung kepada pertemuan
dan dari pertemuaan...
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai
diri.
Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui
keayuaannya,
kemanjaannya serta kemampuannya
menggoncang iman mereka.
Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya...
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan
sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan
muhrimnya
kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan
untuk
mengodanya.
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat
dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita
yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,
jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu...
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam
untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan
memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan
buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga
yang
akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah ALLAH..
dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi
cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu..
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH.
Cintailah keluargamu..
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa ,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang menggoncang buaian ini
dapat menggoncang dunia dalam mencapai
keredhaan ILAHI.
Jangan sesekali..
tangan ini juga yang menggoncang keimanan
kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci
mendengarnya.
أ¢â‚¬إ“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan
adalah Wanita Sholehahأ¢â‚¬? (Hadith Riwayat Muslim).

No comments:

Post a Comment