AHLAN WASAHLAN

Friday, January 7, 2011

Muhasabah Iman Cermin Nafsu...!!!

Iman Semut vs Iman Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi
Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi
Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas
batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi
Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di
tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang
tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun
bertanya:
"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar
makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam
bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi
hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman
menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu
kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu
makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau
aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti
sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki
itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.
Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku
bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku
makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek
kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang
ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur
perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah
dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik
kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke
kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar
Nankir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai
100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya
kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku
gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.
Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir
zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan
Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang
banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih
kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali:
"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA".
"ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA".
"ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN".
"HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA
DIBELANJAKAN".
--
Mencari keredhaan Allah itu lebih utama
dari memenangi hati pemimpin dan
menggembirakan orang-orang munafik.
"Seseorang yang tidak ada sebahagian Al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggal kosong"

1 comment:

  1. salam
    bgs blog anta ny
    semoga anta dpt memberikan lebih banyak
    manfaat kepada followers anta.

    ReplyDelete